Selasa, 29 September 2009

progress 30 sept


kereta iswara nie dah mula disimen.gosok pun kami gunakan mesin untuk menjamin permukaan yang rata.


saga yang tukar bumbung dah dikeluarkan bumbung nya.semua karat dah dibersihkan

tulang dalam yang dah dibersihkan sedang disapu tar untuk menjamin bumbung tak berkarat lagi


satu kereta pajero masuk nak buat cat luar dan dalam. nak buat warna meroon dan gray.





Mula beroperasi dan progress 29 sept

salam buat semua pengunjung blog,

selepas seminggu bercuti kami kembali membuka bengkel, untuk hari pertama tak ade apekerja yang dilakukan melainkan kemas2 bengkel dan siapkan kereta2 yang disimpan dibengkel sahaja.


kereta wira nie dah siap sebelum raya lagi,tapi owner tak nak ambil sbb nak balik kampung,simpan dalam bengkel kami lebih selamat dari beliau simpan dirumah. sedang di wax sebelum keluar.

kereta nissan sunny nie sedang cuba disiapkan lantainya.


satu kereta saga lama masuk nak tukar bumbung dan dicat luar sahaja. owner nie stokis hpa industri kat kampung kami nie.



satu kereta iswara racing masuk nak buat cat luar,bumper depan dah dibukak.

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM,

Dikesempatan ini kami seluruh warga Ysar mengucapkan selamat hari raya kepada semua pelanggan-pelanggan dan pengunjung blog kami, mohon maaf sekiranya terdapat salah faham,terkasar bahasa sepanjang urusniaga diantara kita. kami akan mula beroperasi semula pada 28 sept 2009 seperti biasa.

wassalam
pengurus Ysar.Rezki

progress 15 sept


kereta wira putih nie dah siap sepenuhnya.

unser nie pun dah siap semuanya.

kereta wira nie dh siap ditembak base.

Isnin, 14 September 2009

progress 14 sept



kereta wira yang terakhir nie dah siap dibungkus,tunggu masa untuk ditembak base.

Perdana nie sedang dipolish.barang2 semua dah siap pasang.







kereta wira dah siap dispray,sedang dijemur.



waja nie dah siap sepenuhnya.dah dipulangkan kepada owner semalam.

Ahad, 13 September 2009

progress 12 sept


Kereta wira nie dah siap ditembak base,nak kutip lubang lagi sebelum tembak cat

toyota unser dah siap basuh,sedang dibungkus.

kereta waja sedang dipasang semua barang2 yang dibuka.



kereta wira nie plak dah disimen halus.


kereta perdana sudah dispray.sedang dibakar.


Jumaat, 11 September 2009

progress 11 sept


satu kereta wira masuk nak buat cat luar dan dalam.ini kereta kami yang terakhir sebelum bercuti hari raya.

kereta estima nie dah siap dipolish.selepas nie dah boleh dibasuh dan dipulangkan kepada owner.

perdana nie dah siap disimen halus.

kereta waja nie dah siap ditouch-up molding dan tiang pintu.

Kereta unser dah mula disimen.



majlis berbuka puasa

Pihak syarikat telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua kakitangan syarikat sebagai penghargaan dan motivasi kepada pekerja yang bekerja kuat bagi memastikan pengeluaran kereta berjalan dengan lancar. Majlis diadakan di Hotel CrystalCrown Klang.

progress 10 sept


kereta toyota wish dah siap sepenuhnya.

Toyota estima sedang dipolish dan dipasang barang-barang nya.


kereta wira dah siap diprimer,lepas nie dah boleh kutip lubang





satu toyota unser masuk nak buat cat luar

Rabu, 9 September 2009

progress 9 sept


kereta waja dah siap ditembak putih myvi.

Estima dah siap dispray dan dikeringkan. warna crytal white

toyota wish sedang dipolish


kereta wira dah siap simen halus,lepas siap gosok dah boleh dibasuh dan dibungkus

kereta gen2 dah siap sepenuhnya.



Selasa, 8 September 2009

progress 8 sept


kereta gen-2 sdamg dipolish.barang2 semua dah siap dipasang.esok insyaalah dah boleh keluar.

kereta waja yang nak buat putih myvi dah siap tembak base.lepas nie dah boleh kutip lubang dan tembak terus cat pearl

kereta wira dah mula disimen.lampu depan yang minta ditutup sudah ditamatkan perkhidmatanya.


toyota wish dah siap dispray.menuggu giliran untuk dipolish selepas kereta gen-2 siap

estima sedang dibungkus. esok dah mula ditembak base nya.



Isnin, 7 September 2009

progress 7 sept



kereta gen-2 nie dah siap dispray.sedang dijemur.

barang-barang kereta wira nie dah dibuka semuanya. segala cermin,lampu,spoler dan door trim dah dikeluarkan.





kereta toyota wish sedang dibungkus untuk diembak base.


satu kereta estima masuk nak buat cat luar. owner nie pun g umrah gak sempena bulan puasa nie.


Sabtu, 5 September 2009

progress 5 sept


satu kereta toyota wish masuk tuk buat cat luar sahaja. bonet depan dah di adjust. proses simen halus sedng dijalankan.

volvo nie dah siap polish seluruhnya.tinggal pasang barang.owner balik dari umrah esok.

kereta gen2 dah masuk bilik spray. nak tembak base color. nak buat warna hitam crystal.


waja nie dah siap simen semuanya.sedang menunggu tuk dibasuh.


kereta wira nie plak dah mula dikerjakan. proses menanam kepala rebet sedang dijalankan.