Khamis, 27 Ogos 2009

progress 27 ogos



gen2 nie kami adjust dulu bumper nya bagi kedudukan yang tepat

kereta wira nie kami masih lagi menjalankan kerja2 repair, sensor blkng yang diminta untuk tebuk sudah disiapkan





kereta iswara nie dah mula simen halus,kalo tiada aral esok dah boleh mula basuh untuk ditembak base

Rabu, 26 Ogos 2009

progress 26 ogos



satu kereta gen-2 masuk nak buat cat luar dan dalam. warna owner masih tak tentukan lg.

bumper hadapan yang ditukar.








kereta wira nie dah mula dibuka barang nya. semua tempat duduk dah dikeluarkan. tiang-tiang pintu dah dibuka semua


bahagian sisi kiri kereta iswara ini dah mula dibuat. masih banyak lagi tempat2 yang lekuk.


Selasa, 25 Ogos 2009

progress 25 ogos


Bermula 24 Ogos 2009 bengkel kami mula menawarakan khidmat servise kenderaan. Kami menawarkan khidmat menukar minyak enjin dan juga penapis minyak. Minyak yang digunakan hanyalah minyak synthetic keluaran Titan Power Motor Oil. Sesiapa yang berminat boleh membeli minyak ini dengan harga RM136(bukan ahli) dan RM96(ahli). tempoh perjalanan adalah sepanjang 12,000 km. keterangan lanjut layari http://www.titanloyal.com/


kereta iswara ini dah mula disimen pada sisi kanan kereta. teruk gak simen kereta nie sbb nak tutup fiber yang tebal tue.




kereta wira nie dah siap sepenuhnya.




Bagi kereta-kereta yang lain masih belum dapat dijalankan kerana keutamaan kereta. walaubagaimanapun kereta anda akan siap dalam tempoh yang dijanjikan oleh pihak syarikat.


Isnin, 24 Ogos 2009

progress 24 ogos


kereta iswara nie dah dibuka semua barangnya. handle,cermin dan lampu blkg tue dah dikeluarkan. mudguard blkng dah mula disimen.


kereta wira nie dah lama masuk,buat cat luar dan dalam,tgh dispray rim, barang2 sedang giat dipasang semula






satu kereta wira masuk nak buat cat luar dan dalam harini. owner kakitangan UiTM Shah Alam.

Volvo nie plak nak buat cat luar dan dalam jugak. Owner nya g buat umrah,jadi kami akan siapkan dalam masa 2 minggu dari hari ini.


kancil convert L200 dah siap semuanya.Kereta nie dah siap sepenuhnya. Owner nak ambil cukup bulan,jadi kami tak wax lagi kereta ini. hari yang nak kuar nanti baru kami wax.



Sabtu, 22 Ogos 2009

progress 22 ogos



satu kereta iswara masuk nak buat cat luar dan dalam. kereta nie dari bengkel ketuk dan welding lain,


teruk gak rupenye,








sebuah kereta nissan sunny masuk,.lantai semua dah reput, nak buat semula. dari welding, tar dan cat. besar gak badjet tuk buat kereta nie



kereta kancil yang konvert ni dah dalam proses touch-up sebelum diberi kepada owner semula.





pandangan hadapan kereta kancil nie.barang2 dah boleh pasang selepas ini.

Khamis, 20 Ogos 2009

Gangguan internet

salam semua,

Kami memohon maaf kepada semua pelanggan dan pengunjung blog kami ini kerana tidak dapat memberi perkembangan yang terkini terhadap kereta-kereta anda semua,

Ini adalah kerana gangguan internet di pejabat kami. Pihak telekom agak lambat mencari punca dan membaiki masalah yang kami hadapi.

Segala kesulitan yang dialami oleh pihak pelanggan kami mohon maaf dan akan mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi.

Sekian, YSAR

Rabu, 12 Ogos 2009

progress 11 ogos


kancil convert mirage dah separuh pasang barang.Side skirt sedang di adjust

kereta iswara terlalu banyak lubang pada kereta,tak boleh terus spray.terpaksa tunda spray sehingga keadaan memuaskan





supra dah kering semuanya,nak plish plak lepas nie


saga nie dah siap balut,buat cat luar tapi owner mintak spray dalam pintu.