Isnin, 7 September 2009

progress 7 sept



kereta gen-2 nie dah siap dispray.sedang dijemur.

barang-barang kereta wira nie dah dibuka semuanya. segala cermin,lampu,spoler dan door trim dah dikeluarkan.





kereta toyota wish sedang dibungkus untuk diembak base.


satu kereta estima masuk nak buat cat luar. owner nie pun g umrah gak sempena bulan puasa nie.


Sabtu, 5 September 2009

progress 5 sept


satu kereta toyota wish masuk tuk buat cat luar sahaja. bonet depan dah di adjust. proses simen halus sedng dijalankan.

volvo nie dah siap polish seluruhnya.tinggal pasang barang.owner balik dari umrah esok.

kereta gen2 dah masuk bilik spray. nak tembak base color. nak buat warna hitam crystal.


waja nie dah siap simen semuanya.sedang menunggu tuk dibasuh.


kereta wira nie plak dah mula dikerjakan. proses menanam kepala rebet sedang dijalankan.



Jumaat, 4 September 2009

progress 4 sept



satu kereta wira masuk tuk buat cat luar dan dalam. nak buat warna putih.

kereta volvo nie dah siap spray dan dah kering. sedang digosok untuk polish dan pemasangan barang.






kereta iswara nie dah siap sepenuhnya. kereta akan dihantar ke kg jawa untuk disambung pemasangan oleh rakan kami disana


Gen-2 dah peringkat simen halus.selepas nie dah boleh dibasuh untuk proses base coat.



wira nie dah siap 98%. tinggal nak wax dan pasang molding semua.




kereta waja nie dah peringkat akhir juga untuk simen.Teruk keadaan kereta nie.banyak simen yang diperlukan. owner nak buat warna putih myvi.




Rabu, 2 September 2009

progress 3 sept


satu kereta waja masuk nak buat cat luar dan dalam. semua barang2 dah dibuka untuk proses ketuk dan adjust part2 yang senget dan kemek.


kereta gen-2 nie dah mula disimen. lama gak amek masa nak adjust dulu baru mula kerja2 simen






wira nie dah siap dispray. pasni dah boleh polish dan pasang barang.








kereta volvo dah siap dibasuh, nak tembak base plak lepas nie.







kereta iswara dah siap sepenuhnya. sedang dibasuh tuk final touch-up.


Selasa, 1 September 2009

progress 2 sept



sisi kanan kereta volvo nie dah disimen

kereta iswara nie dah siap spray,lebih kurang 2 hari lagi boleh la keluar. Pasni nak polish plak






Kereta wira nie dah siap tembak base. nak kene kutip lubang plak lepas nie


Nissan sunny dah dibuat semula penal yang dibuang. Kami gantikan dengan penal yang baru dan betul.


Sabtu, 29 Ogos 2009

progress 29 ogos


kereta iswara nie dah ditembak primer,pasnie nak kutip lubang tuk elakkan masalah pada cat

satu kereta perdana masuk nak cat luar, tapi kereta nie nak convert jadi entena mitsubishi


kereta wira nie dah siap simen,baru aje habis gosok semuanya.nak cuci budak-budak dah tak larat dah.sambung kerja selasa nanti.


kereta volvo nie dah mula simen.sebab kereta nie lebih keras,jadi kemek-kemek nya tak lah banyak sangat



Nissan sunny nie dah dibuang penal yang lama. tapi kedudukan asal dah di tetapkan dengan besi yang diwelding, barulah tak lari kedudukan asal, penal bawah akan ditukar semuanya.



Jumaat, 28 Ogos 2009

progress 28 ogos



Kereta wira nie dah mula simen,pandangan sebelah kiri

Kereta nissan sunny yg dah lama tertangguh dah mula di jalankan.lantai kereta dah dipotong untuk diganti dengan yang baru





Kereta iswara nie siap jugak akhirnya menyimen. kereta dah dibasuh dan sedang dikeringkan. pasni dah boleh tembak base.